http://reentry7.blogspot.com/

⏣➤MY PROFILE

My photo
Sub Urban, Malaysia
►ReentryCapsule percaya dan yakin memakan nasi itu boleh mengenyangkan perut.

➤KATA-KATA POYO

Pakar teori aerodinamik mengatakan rekabentuk tubuh badan Kumbang BambleBee adalah SALAH.Kumbang BamBleBee sepatutnya TIDAK BOLEH TERBANG.Seumur hidup, Kumbang BamBleBee tidak pernah belajar tentang teori aerodinamik dan dia pun tidak tahu sepatutnya dia tidak boleh terbang.Tapi dia hanya mahu terbang.Jadi dia terbang je lah.Sambil terbang dia pun berkata...." Ada Aku Kisah.!!..ChaiiTT"..!!...Terima KaseeYY..!!



aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa- Ntah Saper Cakap Aku Pun Dah Lupa -

➤SEARCH THIS BLOG

████████████████████████████████████████████████████████████████████████████

Monday, March 28, 2011

DILANTIKAN……CHAIITT…!!!!

Dua minggu lepas kalau tak silap aku la.Aku bersama para-para makcik pergi ke Semua House.Tempat ni memang terkenal dengan Pusat untuk membeli barang-barang keperluan untuk bakal pengantin baru dan pengantin lama.Aku ikut sekali sebab tolong bawakan para-para makcik jadi drebor + jadi bell boy angkut barang.sepupu aku nak kahwin  12 March 2011.Lebih kurang mcm tu lah tarikhnya.

Macam biasa orang pompuan kalau pilih barang memang MEMBOSANKAN walaupun dah capai tahap makcik-makcik masih tetap cerewet.Yang ni lawa…yang tu pun lawa,…kejap nak yang ni,…kejap lagi cancel lah nak yang tu pulak.Undicided mind betul lah.ChaiiTT..!!!!Untuk menghilangkan kebosanan aku pun saja la jalan-jalan tengok kat luar.Lepas tu aku ternampak satu papan tanda amaran dekat pintu.Tulisan dekat signboard tu berbunyi begini.

                                       ►   DILARANG MASUK TANPA ALAT PENAFAS BILA C0² DILANTIKAN 

 

YenNaPaa AmMa KaLaRaPuRengGe PoDaChitt….!!! DILANTIKAN ◄.Ini apa kejadah punya ayat ni.Atau ini Bahasa Melayu peringkat tinggi tahap Kesusasteraan Ayam Penyet?Atau mungkin aku yang ketinggalan?Mungkin ini ayat baru yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Dewan Orang Ramai?.Cuma aku jer yg bodoh tak nak ambik port pasal ayat baru ni.Orang yang tempah signboard ni confirm tak fasih berbahasa Melayu lepas tu langsung tak nak tanya orang yang lebih tahu.Memang sengaja kesalahan ayat  ni dibuat-buat atau memang dia BUDUH dan BANGANG menguasai Bahasa Kebangsaan.Sebab berdasarkan pengalaman aku ada orang yang BANGGA tahap BABOON CIpPREETT  apabila dia tidak mahir atau fasih berbahasa Melayu/Kebangsaan.

Sorry my Bahasa tak berapa bagus lah.I nak buat ayat dalam malay-malay ni tak berapa pandai la U.I feel stupid when i’am speak in Malay←Ini contoh statement dari seorang artis yg tak berapa nak cun dan berlakon pun takder la syiokk sangat pun.Kalau rasa BODOH,BEBAL dan TONGONG bila bercakap menggunakan Bahasa Melayu jangan la berlakon filem-filem Melayu.Berlakon la filem berbahasa Tamil Baku Pekat  atau pun Sitcom komedi bisu macam Mr Bean tu.Aku pun tak tau la dari mana Sindrom Bangga Tak Pandai Berbahasa Melayu ni datang.Kalau bangsa lain tu aku tak berapa heran sangat la tapi yg Melayu pun terikut-ikut mcm POYO.

Dulu masa kat tempat kerja aku pun ada jugak kesalahan papan tanda macam nie.”TOLONG FLUSH SALAPAS GUNAKAN TANDAS”.SELEPAS  jadi SALAPAS.Nasib baik tak tulis MELEPASSS .Kang tengah syiokk nak memberak pun boleh berguling-guling tergelak dalam bilik jamban..wakakakak…!!!Lepas komplen dia tukar balik ayat yang betul.Sebab apa aku bising-bising macam lah kesalahan ejaan atau ayat ni satu masalah yg besar sangat.

Kesalahan ayat atau ejaan macam ni tak boleh dibiarkan sebab benda-benda ni selalu berada di tempat awam dan dibaca oleh orang ramai.Kalau orang dewasa yg memang fasih berbahasa Melayu mungkin kita boleh mengesan dengan mudah kesalahan pada ayat atau ejaan tu because we have a sense of correctness.Tapi bagi kanak-kanak yang dah pandai membaca dan mereka-mereka diluar sana yang tak berapa nak menguasai Bahasa Melayu ini akan menganggap bahawa ini adalah ayat atau ejaan yang betul dan rasmi.Terutama kanak-kanak kerana mereka akan lebih cepat menyerap ilmu pengetahuan.Apabila dari mula kita ajar dan tunjukkan cara yang salah maka sampai ke tua bangka lah mereka akan ikut dan belajar benda yang salah.Kalau kita ajar orang menaip dengan dua jari.Sampai ke tua lah dia akan mahir menaip mengggunakan dua jari.Padahal skill yang sepatutnya adalah menaip menggunakan sepuluh jari.!!

Aku pun tak tahu samada wujud pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memantau kesalahan papan tanda di tempat-tempat awam macam ni.Lebih-lebih lagi papan tanda yang menggunakan Bahasa Kebangsaan.Nama gah Bahasa Kebangsaan tapi cara bahasa ni dilayan macam PAM JAMBAN.Macam mana nak mengangkat martabat Bahasa Kebangsaan kalau benda-benda macam ni pun kita tak heran.Sesuka hati bahasa ni di perbodoh-bodohkan macam Bahasa Sanskrit CacaMarba KalKuTTa JiBRRiT PenyeT .

Dulu masa aku pergi holiday ada Orang Putih suami isteri lewat 40-an datang sembang-sembang dengan aku menggunakan Bahasa Melayu.Dia cakap Shaya pergi ke Pualau Tioman ada banyak ikan chantek-chantek.Shaya belajar Bahasha Melayu semasha shaya di Indonesia.Dia punya accent atau loghat ala-ala lagu Ajai dan Nurul .♫♪Shehari ♫♪shemakin♫♪ Sherashi♫♪♫….wakakakakak…walaupun Bahasa Melayu dia standard budak darjah 3 tapi aku buat-buat gempak kunun terkejut Gaban sebab kagum dengan kesungguhan dan minat dia untuk berbahasa Melayu.Orang Melayu yg POYO je rasa Low Class apabila bercakap menggunakan Bahasa Ibunda dia sendiri.Kalau Melayu yang dilahirkan di luar negara atau dah lama bermastautin di luar negara tu aku boleh terima sikit la kot kalau tak berapa fasih berbahasa Melayu.

Tapi yang peliknya aku pernah ada BOS orang Jepun dan Perancis.Walau diorang duduk kat Malaysia ni bertahun-tahun tak pulak diorang lupa atau buat-buat lupa Bahasa Ibunda diorang.Makin kencang lagi bersembang siap mencarut-carut dalam bahasa ibunda diorang lagi ada lah kalau puak-puak kaum kerabat diorang datang melawat kat Malaysia ni.Mungkin genetik  Melayu Kapak Hidung Penyet  je kot  yg lost identiti bila duduk terperap lama kat negara orang.Lantak korang la.I eat at Secret Recipe.Cheesee Cake,Lasagna,Pasta and Tortilla.Balik rumah malam-malam bila perut  lapar kebulur  HANTAM jugak keropok lekor atas meja makan siap cicah ngan kuah cili lagi.ChaiiiTTT….!!!!!!Janji orang tak nampak tengah makan Keropok Lekor.Nanti kang Standard jatuh pulak.Wakakakakaaka,…..Melayu mentaliti macam ni pun ada jugak.Memang tak boleh blah btul la.

Aku memekak ni BUKAN anti dengan Bahasa Inggeris,Tamil dan Sanskrit.Tak der aper salahnya kalau kita  fasih dan gemar menggunakan Bahasa Inggeris.Banyak benefit atau faedah bila kita menguasai bahasa asing..Kalau pergi interview  benda ni adalah aset yang paling berharga.Walaupun kita fasih dan mahir berbahasa Inggeris,Tamil atau Bahasa Sanskrit Purba sekalipun janganlah kita mengLOW KLASSkan “National Language” kita.←(Terpaksa tulis “National Language” Kang tulis “Bahasa Kebangsaan” nampak macam LOW KLASS la plak.Wakakakaka…..)

Akhir kata…wabbillahi taufik walhiddayah……assalamualaikum warahmatulahhiiiwabarakatuh.Untuk yang bukan beragama Islam Salam Sejahtera saya ucapkan.

(878 patah perkataan sahaja tidak termasuk tajuk diatas dan terima kaseyy dibawah)

 

Terima KaseeYYy…..!!!!!!!!!

 

Reentry Logo_thumb

 

3 comments:

  1. reentrycapsule...BUTUH PAK HANGPA!!!!

    ReplyDelete
  2. awek gua bile time jenjalan ajak mkn nak makan western ngan italian je bro.melay-melay food ni tak layan.aritu gua interview sket adik dia cakap kat rumah sambal belacan pun dia tibai.hipokrit betul awex gua ni....tapi gua tatap syg dia.ngggeeeee...:-)

    ReplyDelete
  3. di tempat saya pun ada..... banyak papan tanda yg mengarut2 bahasanya..dah tu bahasa melayu dia letak paling bawah skali.memang x hormat bahasa kebanggsaan tul....

    ReplyDelete

ReentryCapsule Web Log [ reentry7.blogspot.com ]